[cclii] Omens [p. 550.
Depending on the day of the Week which begins the Year
Bab ini pada menyatakan ʿalamat kapala tahun. Bermula kapada bulan itu Muharram, jika Ahad sa-hari bulan Muharram ʿalamat raja didalam negri itu akan ʿadil hukum-nya ada-nya. Dan jikalau hari Ithnin sa-hari bulan Muharram ʿalamat banyak kasakitan orang didalam negri itu ada-nya. Dan jikalau hari Thalatha sa-hari bulan Muharram ʿalamat melihat tumpah darah didalam negri itu ada-nya. Dan jikalau hari Arbaʿ sa-hari bulan Muharram ʿalamat pandita akan datang ka negri itu ada-nya. Dan jikalau hari Khamis sa-hari bulan Muharram ʿalamat dagang akan datang ka negri itu ada-nya. Dan lagi jikalau hari Jumʿat sa-hari bulan Muharram ʿalamat banyak orang kaya-kaya akan sakit atau mati didalam negri itu ada-nya. Dan lagi jikalau hari Sabtu sa-hari bulan Muharram ʿalamat banyak menuntut harta didalam negri itu atau didalam dunia ini, dan aniaya-aniaya hukum-nya: wa’llahu aʿlam, tamat.